Kaedah Pelaksanaan

KAEDAH

·         Kad bacathon akan diedarkan pada bulan Mei dan tarikh akhir pemulangan kad berserta wang tajaan pada bulan Julai. Program Bacathon dijalankan selama 5 minggu.
·         Setiap murid mendapat sekeping kad bacathon secara percuma daripada guru kelas dan setiap kad mempunyai nombor siri yang berlainan.
·         Murid dikehendaki membaca buku yang telah sedia ada di rumah atau di Pusat Sumber Sekolah, setelah habis membaca murid perlu menulis judul buku dan nama pengarang di dalam kad bacathon.
·         Kad bacathon akan digunakan oleh ibu bapa atau penjaga untuk mencari penaja bagi setiap buku yang dibaca. Penaja yang disarankan ialah daripada kalangan ahli keluarga, jiran dan kenalan ibu bapa di tempat kerja.
·         Murid akan membuat penyerahan wang penajaan tersebut kepada guru kelas dan guru kelas akan menyerahkan wang penajaan tersebut kepada Unit Audit & Pulangan.
·         Kad bacathon yang mendapat wang penajaan RM50.00 layak untuk mendapat kupon untuk cabutan bertuah.
·         Murid yang mendapat penajaan melebihi atau sama RM100.00 layak mendapat pulangan 10%.
·         Murid yang menghilangkan sekeping kad bacathon akan didenda sebanyak RM50.00 dan penjaga wajib melaporkan kepada polis berhampiran.