Sasaran

SASARAN KUTIPAN 
Pihak PIBG dan sekolah mensasarkan jumlah kutipan bersih sebanyak 
RM46 000.00 (Ringgit Malaysia: Empat puluh enam ribu) Kutipan ini adalah melalui penajaan dalam bentuk wang ringgit bagi setiap judul buku yang dibaca oleh murid dan sumbangan daripada badan-badan koprat.

2.   KUMPULAN SASARAN
Guru kelas, guru, murid, ibu bapa, staff sekolah dan pekerja sekolah.
Peranan kumpulan sasaran:
Guru Kelas
i.             Mengedarkan kad bacathon kepada murid berserta surat pemberitahuan memberi penerangan jelas berkaitan program.
ii.           Memberi galakan kepada murid-murid membaca dan mencatat pada kad bacathon daripada semasa ke semasa.
iii.        Membuat kutipan mengikut  tempoh yang ditetapkan dan terus memberi galakan kepada murid.
iv.         Memberi kupon cabutan bertuah kepada individu yang layak iaitu mendapat wang tajaan melebihi atau sama RM50.00.

Murid
i.           Menyerahkan kad bacathon dan surat pemberitahuan kepada ibu bapa.
ii.           Membaca seberapa banyak buku dan mencatat hasil bacaan  pada kad bacathon.
iii.         Mendapatkan pengiktirafan daripada ibu bapa, adik-beradik, sanak saudara, jiran tetangga, rakan-rakan ibu bapa di tempat kerja dan mendapatkan wang penajaan hasil daripada pembacaan tersebut.

Ibu bapa / Penjaga
i.             Menggalakkan anak-anak membaca & memastikan anak-anak mencatat bahan bacaan dalam kad bacathon.
ii.           Mendapatkan penaja atas usaha anak-anak membaca .