Matlamat Program

Antara matlamat utama program ini dijalankan ialah:

a.     Melahirkan murid yang minat membaca disamping dapat berbakti untuk sekolah melalui     Program Bacathon. 
b.      Mengajak masyarakat bersama-sama membantu dan memberi sokongan bagi mengekalkan kecemerlangan SKTTJ 2.
c.       Penglibatan yang sihat dan bermanfaat bagi menimbulkan semangat maju diri, berusaha, persaingan yang sihat dan berfikiran positif serta tabah menghadapi cabaran.
d.      Mengisi tabung/dana PIBG untuk membiayai beberapa program bagi memperkasakan prasarana sekolah (keselamatan dan kebajikan murid).
e.      Memperlengkapkan Pusat Sumber dengan koleksi bahan-bahan bacaan dalam pelbagai bidang ilmu dan peralatan ICT seperti komputer dan printer. Buku-buku yang sedia ada di Pusat Sumber sebanyak 10 000 buah dan murid seramai 1025 orang dengan nisbah buku 1:10.  PSS perlu menyediakan sebanyak 15 000 buah buku lagi bagi menampung keperluan murid seramai 1025 orang murid iaitu mencapai nisbah sepatutnya 1:25 di mana seorang murid membaca lebih kurang 25 buah buku.